Saya sudah menceburkan diri dalam bidang belajar membaca Al Quran secara bertajwid ini lebih daripada 15 tahun. Saya dapat lihat banyak kesilapan yang di buat oleh pelajar sama ada di usia belasan tahun mahupun yang sudah menjangkau usia 50an. Saya harap anda dapat elakkan daripada membuat kesilapan yang sama.
Ini antara 3 kesilapan besar yang biasa di buat: 1. Belajar membaca Al Quran tetapi tidak ‘bertajwid’ Ramai orang belajar membaca Al Quran di luar sana belajar sekadar boleh membaca sahaja dan TIDAK bertajwid. Ini adalah satu kesilapan yang amat merugikan.
Membaca Al Quran dengan tidak bertajwid adalah satu kesalahan. Sungguhpun belajar ilmu tajwid adalah fardhu kifayah tetapi membaca Al Quran dengan bertajwid adalah fardu ‘ain iaitu wajib bagi setiap muslim mukallaf. Firman Allah s.w.t. Yang bermaksud: ‘BacalahAl Quran itu dengan bertartil (memelihara hukum tajwid),” surah Al Muzammil ayat 4. Walaubagaimanapun, ada yang mengatakan, belajar mengenal dahulu kemudian baru belajar tajwidnya. Tahukah anda bagaimana sukarnya mengubah bacaan mereka yang sudah biasa dengan bacaan tidak bertajwid kepada bacaan secara bertajwid sepenuhnya? Saya mengajar mereka yang dewasa bermula daripada tidak mengenal huruf sekalipun secara terus bertajwid.
Most Viewed Posts